Bos Wagner masih di Rusia

Iklan
Yevgeny Prigozhin - Foto AFP

MINSK - Ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin masih berada di Rusia, menurut Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai perjanjian menamatkan pemberontakan pemimpin tentera upahan itu.

Sementara itu, anggota penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa di bawah bangunan runtuh di bandar Liviv, barat Ukraine selepas terkena peluru berpandu Rusia pada Khamis sehingga mengorbankan empat orang dan puluhan lagi cedera.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Lukashenko menjadi pengantara untuk menamatkan pemberontakan Prigozhin, yang dianggap cabaran terbesar Presiden Rusia Vladimir Putin ketika ini.

"Prigozhin berada di Saint Petersburg, beliau tidak berada di Belarus," kata Lukashenko yang memerintah Belarus selama tiga dekad memberitahu media di Minsk.

Iklan

Bercakap di Istana Presiden, Lukashenko berkata, beliau tahu Prigozhin 'masih bebas' dan pernah menghubungi menerusi panggilan telefon.

Sementara itu, Kremlin menyatakan pihaknya 'tidak kisah' pergerakan Prigozhin hampir dua minggu selepas pemberontakan pada 23 jun yang menyaksikan tentera bersenjata berarak ke arah Moscow. - AFP

Iklan