PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan sama ada wujud unsur buli di sebuah sekolah di Melaka yang dikatakan berkaitan dengan insiden seorang pelajar yang merupakan mangsa buli mencekik adik kandungnya hingga mati.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengetahui sama ada wujud unsur buli di sekolah yang dihadiri pelajar berumur 14 tahun itu.
Bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2022 di sini pada Khamis, Fadhlina berkata, KPM tidak akan sama sekali bertoleransi dengan kes buli yang berlaku di mana-mana institusi pendidikan.
"Kalau betul ada isu ini (buli), saya tegaskan mesti melalui proses aduan di peringkat KPM melalui portal aduan buli dan siasatan akan dilaksanakan pihak berkuasa,” katanya mengulas insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati dipercayai dicekik abang kandungnya di rumah mereka di Bukit Piatu, Melaka semalam dan didakwa berkaitan dengan kes buli di sekolah.
Media melaporkan bapa remaja itu mendakwa sikap anaknya mula berubah selepas dibuli pelajar senior di asrama sebuah sekolah agama sejak Tingkatan Satu lagi dan kerap mengadu hampir setiap hari dipukul, disepak dan dicekik pelajar lain.
Remaja berkenaan ditahan reman tujuh hari hingga 12 Julai ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang
Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama