Wanita Thailand tikam suami akibat cemburu

Iklan
Soi (kiri) berjaya ditahan polis di daerah Fang, Chiangmai. - Foto Agensi

BANGKOK - Gara-gara cemburu buta, seorang isteri sanggup menikam suaminya sehingga mati selepas mendapati lelaki itu tidak setia dengan menjalinkan hubungan sulit dengan jiran mereka, lapor Thaiger.

Insiden menyayat hati itu berlaku di daerah Fang, wilayah utara Chiang Mai apabila pihak polis menerima panggilan kecemasan dan bergegas ke lokasi kejadian yang menemui mayat Khamlu Siamlai, 30, dengan kesan tikaman di dada.

Iklan
Iklan

Pembunuhan itu dilaporkan isterinya, Soi Siamlai, 30, yang mengaku melakukan jenayah itu akibat cemburu.

Soi mendedahkan kepada polis bahawa kawan-kawannya memberitahunya mengenai hubungan sulit antara suami dan kekasihnya, yang juga jiran mereka.

Iklan

Kemudian, dia memantau tingkah laku suaminya dan kekasih gelapnya yang akhirnya mengetahui mereka sebenarnya mempunyai hubungan sulit.

Menceritakan lanjut, Soi memeriksa telefon suaminya dan turut menemui perbualan antara mereka berdua.

Iklan

Berdasarkan bukti itu, dia berdepan dengan suaminya yang akhirnya mengakui kesalahannya itu.

Wanita itu juga mengaturkan pertemuan dengan suami dan kekasihnya sebelum dia hilang kawalan diri dan menikam lelaki itu hingga mati.

Saksi melaporkan bahawa pertengkaran sengit antara tiga orang itu berlaku di tepi jalan raya dan Khamlu tidak sempat melarikan diri sebelum isterinya menghunuskan pisau ke dadanya dan akhirnya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut laporan Chiang Mai News, Soi bakal berdepan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun di bawah Seksyen 290 Undang-Undang Jenayah kerana menyebabkan kehilangan nyawa. - Agensi