Ribuan ikan di Sungai El-Aziz mati akibat kurang oksigen

Iklan
Ribuan ikan mati akibat kekurangan oksigen setelah paras air turun secara drastik di Sungai El-Aziz di Maysan, selatan Iraq. - Foto Agensi

ISTANBUL - Beribu-ribu ikan mati akibat kekurangan oksigen setelah paras air turun secara drastik di Sungai El-Aziz di Maysan, selatan Iraq, berhampiran sempadan Iran.

Industri perikanan tempatan yang merupakan sumber pendapatan penting bagi penduduk kawasan itu, terjejas teruk akibat peningkatan suhu dan paras air yang semakin berkurangan.

Iklan
Iklan

Penduduk tempatan telah melaporkan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa, menurut Agensi Anadolu.

Kerajaan Iraq telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu. - Bernama- Agensi Anadolu

Iklan
Iklan