KEMAMAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa, Putri Nur Fatin Karim 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih dekat sini pada Jumaat.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu melibatkan 150 anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain turut dibantu orang awam.
"Kita tumpu di sektor A yang bermula dari lokasi kejadian sehingga jambatan Kampung Teladas.
"Unit anjing pengesan K9 dan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi dikenal pasti untuk mencari baki mangsa yang hilang tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Ahad lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu keluarga terbabit dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.
Setakat ini, lapan jasad sekeluarga mangsa tragedi terbabit telah ditemukan sejak lima hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.
Jasad Allahyarham Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4 ditemukan pada Ahad dan Isnin manakala Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati
Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa
Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata
'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'
Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3
Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B