Fokus pencarian tumpu di sektor A kesan mayat terakhir - Polis

Iklan
Azman (kiri) dan Hanyan (kanan) ketika menunjukkan lokasi pencarian.

KEMAMAN - Operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nur Fatin Karim, 14, dengan fokus pencarian ditumpukan pada radius lima kilometer (km) di sektor A.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ini kerana lapan mangsa sebelum ini dijumpai berada pada radius lima km dari tempat kejadian kecuali mayat Azizah Eiyi, 40, ditemukan terapung sejauh 24 km dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Disebabkan penemuan itu di kawasan sektor A dalam radius 5 km, pasukan pencarian akan memberi tumpuan baki hari ini dan esok di kawasan pada luas yang sama di sektor A.

"Operasi ini akan diteruskan sehinggalah penemuan mangsa yang terakhir, Putri Nur Fatin ditemui dan segala perkembangan serta apa-apa petunjuk baharu diterima," katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini pada Jumaat.

Iklan

Setakat ini, lapan jasad sekeluarga mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak lima hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.

Jasad Allahyarham Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4, ditemukan pada Ahad dan Isnin manakala Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, mayat yang dipercayai lelaki dewasa ditemukan pada Jumaat dijumpai terdampar di tebing pasir, dua km dari lokasi kejadian.

Jelasnya, mayat tersebut dijumpai pada jam 9.20 pagi berjaya dikeluarkan dua jam kemudian.

"Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pengecaman oleh waris mangsa," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, proses pencarian SAR pada hari ini diteruskan dengan anggota pasukan penyelamat diatur gerak di seluruh sektor A bermula dari satu km sebelum lokasi kenderaan dijumpai.

Menurutnya, kerja 'sweeping' akan dilakukan semula di sektor A memandangkan keadaan di jeram pada masa kini sudah kembali kepada keadaan asal sekali gus memudahkan proses pencarian.

"Kita gerakkan keseluruhan pasukan penyelamat pada petang ini bermula dari tempat mula kejadian sehingga ke Jambatan Teladas. Selain itu, proses selaman juga dibuat berikutan air dalam keadaan jernih.

"Penemuan mayat itu juga merupakan petunjuk baharu bagi kami untuk teruskan pencarian bagi memastikan satu lagi mangsa dapat ditemui dengan segera memandangkan cuaca berada dalam keadaan baik," jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3

Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A