KUALA TERENGGANU - Dua mangsa yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman, layak menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa tersebut adalah pencarum skim perlindungan dan pihak Perkeso telah mengadakan lawatan ke rumah waris mangsa.
"Pihak Perkeso akan membuat bayaran dalam masa terdekat (kepada waris)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Myfuturejobs dan SKSSR 2023 di sini, hari ini.
Sabtu lepas, 10 orang termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih dan setakat ini sembilan mangsa yang maut telah ditemukan.
Keluarga tersebut berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, manakala seorang lagi mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati
Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa
Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata
'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'
Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3
Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B
Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A