Bekas PM Itali tinggalkan harta berbilion dolar untuk anak, rakan

Iklan
Silvio Berlusconi - Foto fail Reuters

ROME - Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia pada Jun lalu, dilaporkan telah meninggalkan harta pusaka bernilai berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.

Mengikut wasiat Berlusconi, dua anak sulungnya, Marina dan Pier Silvio bakal mendapat manfaat paling banyak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita ANSA pada Khamis.

Iklan
Iklan

Kedua-dua anak hasil perkahwinan pertama Berlusconi, bakal memperoleh 53 peratus kepentingan dalam syarikat induk Fininvest.

Firma itu merupakan pemegang saham utama dalam MediaForEuropa (MFE) yang sebelum ini dikenali sebagai Mediaset dan pemegang saham majoriti penyiar televisyen Jerman ProSiebenSat.1.

Iklan

Selain itu, Marina dan Pier Silvio turut memperoleh hartanah lain termasuk vila.

Berlusconi meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Iklan

Tiga anak daripada perkahwinan kedua - Barbara, Eleonara dan Luigi - masing-masing menerima saham dalam Fininvest.

Berlusconi turut mewariskan €100 juta (AS$109 juta) setiap seorang kepada pasangannya, Ahli Parlimen Marta Fascina, 33, dan abangnya Paolo.

Marcello dell'Utri yang menjadi orang kepercayaan Berlusconi menerima €30 juta.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan mafia. - Bernama-dpa) - Bernama/dpa