Projek Akuagro RT beri manfaat berganda

Iklan
Suraya (lima, kiri), memberi makan kepada ikan ketika melawat taman Akuagro di RT Bachang, pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Projek Akuagro RT, ternyata menghasilkan manfaat serta kesan yang berganda kepada komuniti setempat, menerusi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Negeri Johor, Suraya Wen, Projek berkenaan memberikan manfaat seperti dari segi penjimatan perbelanjaan isi rumah, tingkatkan kos sara hidup selain meningkatkan tahap perpaduan.

Iklan
Iklan

"Projek Akuagro RT, dilihat memberikan banyak manfaat kepada komuniti untuk mendapatkan sayur-sayuran.

"Selain itu, Projek Akugro ini juga membantu dari segi penjimatan perbelanjaan isi rumah.

Iklan

"Malah, ia juga dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terutamanya ketika mereka ada kawasan Pertanian untuk diusahakan," katanya ketika melakukan tinjauan Projek Akuaagro RT Zon Bachang, di sini pada Jumaat.

Untuk rekod, Projek Akuagro RT Johor bermula pada tahun 2021 yang melibatkan 14 KRT sebagai projek rintis (pilot project) dengan tujuan untuk mengaktifkan KRT melalui aktiviti berbentuk integrasi sosial.

Iklan

Pelaksanaan projek rintis ini telah mendapat respon sangat menggalakkan dari komuniti RT sebagai program yang menjana pendapatan melalui penjimatan perbelanjaan isi rumah.

Sehingga kini sebanyak 54 projek telah diusahakan di 10 daerah dalam negeri Johor.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Jalan Bacang, Kota Masai, Abdul Majid Aris, 57, berkata, Projek Akuagro RT ini telah banyak membantu penduduk terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

Malah katanya, projek berkenaan turut menarik penyertaan golongan muda dan sekali gus menggalakkan golongan ini melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

"Selain membantu orang ramai khususnya mendapat bekalan barang makanan dengan kadar harga yang berpatutan, Pojek Aquaro RT sebenarnya telah berjaya menarik minat daripada kalangan orang muda menceburinya.

"Setakat ini rata-rata yang terlibat dalam projek ini di Jalan Bachang berusia dalam lingkungan 18 hingga 16 tahun.

"Malah, mereka ini juga ada yang terlibat dengan aktiviti skim rondaan sukarela SRS bagi memastikan keselamatan dan perpaduan kaum," katanya.