Remaja AS diterima masuk ke 116 kolej

Iklan

NEW ORLEANS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja perempuan dari New Orleans, Amerika Syarikat diterima masuk ke 116 kolej dan universiti di seluruh negara.

Antoinette Love,18, pelajar senior di Sekolah Tinggi Antarabangsa New Orleans itu diterima masuk ke setiap kolej yang dipohon dan turut menerima tawaran biasiswa berjumlah lebih AS$3.7 juta (RM 15.2 juta).

Iklan
Iklan

"Saya mula memohon pada bulan September dan terus memohon sehingga peti surat dipenuhi surat tawaran.

"Ia seakan mimpi yang menjadi kenyataan.Usaha keras saya belajar akhirnya berbaloi dan saya tidak sabar untuk meneruskan pengajian di kolej," kata Love.

Iklan

Love yang merancang untuk mengambil jurusan pendidikan sekolah rendah, mahu melawat setiap kolej sebelum membuat sebarang keputusan.

Berjaya mengekalkan gred purata 3.5, Love yang sering membantu kedua ibu bapanya menjaga empat lagi adik-beradiknya turut digambarkan sebagai seorang pelukis berbakat selain aktif menyertai pelbagai persatuan.

Iklan

Menurut ibu Love, Yolanda, pencapaian anak perempuannya menjadi inspirasi buatnya untuk menyambung pengajian. - Agensi