PN cadang MCA dan MIC tinggalkan BN, Ka Siong jawab 'No'

Iklan
Wee Ka Siong. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menolak untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi menyertai Perikatan Nasional meskipun ditawarkan kerusi campuran kepada mereka pada pilihan raya negeri (PRN).

"No (tidak)," katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Hantaran reaksi tersebut turut dimuat naik bersama keratan laporan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mencadangkan agar MCA dan MIC meninggalkan BN dengan menyertai PN, yang sedia menawarkan kerusi campuran kepada mereka pada PRN.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berpendapat, MCA dan MIC memutuskan tidak menyertai PRN disebabkan layanan tidak adil, khasnya membabitkan kerusi campuran dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Beliau juga juga tidak menolak keputusan MCA dan MIC isyarat bantahan terhadap Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN.

Sementara itu, sebuah portal berita turut melaporkan kenyataan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon bahawa MCA tiada sebarang perbincangan keluar daripada BN walaupun mengumumkan tidak bertanding pada PRN enam negeri.

Iklan

"Tidak ada isu nak masuk ke mana-mana pakatan politik baharu,” katanya.