Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia

Iklan
Tiga katil yang digunakan ketika produksi filem, akan menggamit kenangan pengunjung mengenai filem 'Seniman Bujang Lapok' pada 'Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia' yang kini sedang berlangsung di Muzium Negara, di sini, sehingga 23 Julai ini.

Bermula dengan filem hitam putih, dunia perfileman kini semakin berkembang selari dengan revolusi pemodenan dan perkembangan era digital, menyebabkan lebih ramai generasi hari ini lebih berfokus kepada karya yang berasaskan digitalisasi berbanding era sebelumnya.