KLCAH anjur persidangan 'Wanita Bijak, Pemimpin Berkarisma'

Iklan
Ada Poon (tiga dari kanan) bersama Skuad Wanita KLCAH serta Presiden KLCAH, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan (empat dari kanan).

SHAH ALAM - Skuad Wanita Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) akan menganjurkan persidangan bertemakan 'Wanita Bijak, Pemimpin Berkarisma' pada Ahad depan.

Ketuanya, Datuk Ada Poon berkata, program berlangsung dari jam 1 hingga 6 petang itu diadakan di Hap Seng Star Group di Mercedes Benz Autohaul, Bukit Tinggi Klang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, persidangan itu menjadi platform strategik untuk menampilkan usahawan dan pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang bersama-sama berkongsi pengalaman dan bertukar idea.

"Kepimpinan wanita pada masa kini semakin penting untuk membawa kemajuan dalam pelbagai bidang selain mencipta pengaruh dan daya saing.

Iklan

"Fokus program ini bukan sahaja dalam bidang usahawan, tetapi merangkumi semua sudut sama ada golongan pelajar atau profesional," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ada Pool yang juga Naib Presiden KLCAH memberitahu, program yang mendapat kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Angela Lim itu bakal menampilkan empat usahawan wanita ikonik.

Iklan

Kata beliau, empat usahawan itu termasuk beliau sendiri, Ketua Pegawai Eksekutif, Paradise Group Malaysia, Elyna Tan; Pengasas Kumpulan Innerzen Wellness Group, Master Mindy Chua dan Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Kreativiti Artivo School Of Creativity, Datin Ainsley Tiew Lee Sin.

Jelas beliau, semua usahawan yang diundang itu akan berkongsi mengenai rahsia kepimpinan mereka yang unik, tegas dan boleh menjadi contoh kepada wanita di era baharu.

Ada Poon

Ujar Ada Poon, program itu memberi peluang kepada tetamu untuk mendengar perkongsian menarik melalui pengalaman sebenar wanita berjaya.

"Tujuan penganjuran program ini diadakan untuk memberi inspirasi kepada wanita berfikir secara inovatif sekali gus meningkatkan kebolehan, potensi usahawan dan kepimpinan mereka serta meluaskan rangkaian sosial wanita.

"Di sebalik kejayaan mereka, ada pasukan yang sentiasa memberi sokongan kukuh dan mereka berjaya merangsang semangat untuk lebih berinovatif sekali gus dapat memberi kelebihan dari segi persaingan dalam perniagaan," jelas beliau.

Justeru, katanya, topik diketengahkan itu nanti sudah tentu menarik untuk dibincangkan dan menjadi platform untuk bertukar pandangan.

"Diharapkan peluang ini dapat menghapuskan pemikiran menganggap wanita tidak mampu mengusahakan perniagaan sendiri kerana setiap daripada kita mempunyai potensi untuk membawa perubahan positif kepada orang sekeliling," tambahnya.

Jelas beliau, berdasarkan data juga membuktikan sumbangan wanita kepada pembangunan negara telah lama mendapat pengiktirafan.

"Kesaksamaan jantina sering menjadi perbincangan dalam bidang tadbir urus sosial dan korporat.

"Pada masa depan, setiap syarikat juga perlu menyenaraikan wanita sebagai eksekutif selari dengan program ini yang menekankan kepimpinan golongan itu dalam usaha menangani cabaran global bagi menuju kepada masa depan mampan.

Menurut Ada Poon, perkongsian itu bukan sahaja menggalakkan lebih ramai wanita menjadi pemimpin, malah juga sebagai tanda simbolik kepada Skuad Wanita KLCAH yang bakal memberi tumpuan kepada aktiviti sedemikian pada masa depan.

"Program ini diharap dapat memberi keberanian kepada wanita memainkan peranan sebagai pemimpin daripada proses merancang sehingga menyempurnakan misi, selain memberi sokongan kepada kaum wanita yang berhasrat untuk menyumbang jasa mereka kepada komuniti," katanya

Kepada mereka yang berminat menghadiri persidangan itu boleh membuat bayaran sebanyak RM168 bagi tetamu orang kenamaan (VIP), namun terhad kepada 50 peserta sahaja.

Selain itu, ahli KLCAH pula dikenakan bayaran RM60 dan bukan ahli RM80 serta mereka diberi peluang duduk semeja dengan tetamu jemputan.

Cara-cara pembelian melalui www.ticket2u.com.my atau hubungi hotline di talian 012-5689008.