'Kerajaan Perpaduan bukan anti Islam' - Anwar

Iklan
Anwar (dua dari kiri) bersalaman dengan pelajar tahfiz ketika hadir ke Masjid Kariah Panchor Jaya bagi menunaikan solat Jumaat pada Jumaat. - Foto: Bernama

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak adil mengatakan dirinya meninggalkan Islam, sekular atau liberal hanya kerana berkawan dengan DAP.

Tegasnya, Kerajaan Perpaduan yang ditadbirnya ketika ini juga bukan kerajaan anti Islam seperti yang didakwa beberapa pihak, malah peruntukan untuk agama Islam lebih tinggi berbanding dahulu.

Iklan
Iklan

"Bantuan untuk sekolah agama rakyat yang dahulu dibatalkan, tetapi saya memilih untuk kita bantu semua sekolah agama rakyat. Di mana yang kata kita anti Islam? Adakah kerana saya tak berjubah berserban?," soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), pada Jumaat.

Iklan

Menurut Anwar, tiada makna jika seseorang itu sekadar bercakap mahu menyelamatkan Melayu dan Islam tetapi mengizinkan negara dipimpin oleh mereka yang menyakau harta rakyat.

"Melayu bagaimana boleh diselamatkan jika pemimpin tak amanah. Islam bagaimana nak ditonjolkan jika tak menjadi contoh negara diurus dengan baik,"katanya.

Iklan

Selain itu katanya, Kerajaan Perpaduan tidak akan kukuh hanya dengan parti gabungan PH saja.

Tambahnya, kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu bagi menentukan dasar negara yang boleh membentuk tata kelola yang baik.