Hungary tawar jadi pintu masuk produk agro Malaysia ke EU

Iklan
Mohamad

PUTRAJAYA - Hungary telah menawarkan kepada Malaysia untuk menjadikan negara Eropah itu sebagai pintu masuk bagi produk pertanian dari Malaysia memasuki pasaran Kesatuan Eropah (EU).

Tawaran itu dibuat oleh Menteri Pertanian Hungary, Istvan Nagy kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa rundingan dua hala mereka di Budapest pada 6 Julai lepas.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kedua-dua menteri berkenaan telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan akses pasaran, pertanian moden dan penyelidikan demi faedah bersama.

Mohamad dan Nagy semasa pertemuan tersebut turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama pertanian dalam usaha bersepadu untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang pertanian.

Iklan

"MOU ini akan menjadi peluang untuk meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian Malaysia bagi meningkatkan keseimbangan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara,” kata Mohamad seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.

Nagy dalam kenyataan itu juga dipetik sebagai berkata Hungary bersedia untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan benih dan agrogenetik, pertanian pintar dan pendigitalan yang ditekankan dalam pertanian menawarkan potensi untuk membantu menangani cabaran dalam produktiviti, kemampanan dan perubahan iklim. - Bernama

Iklan