Nostalgia Ramadan di Avillion Port Dickson

Iklan
Aneka pencuci mulut yang bakal disajikan untuk pelanggan.

PORT DICKSON - Sempena Ramadan kali ini, Avillion Port Dickson menawarkan hidangan bufet tradisional cita rasa Malaysia kepada pengunjung yang akan membangkitkan nostalgia berbuka puasa seperti di kampung bermula 19 Mei sehingga Jun ini.

Penolong Pengurus Pemasarannya, Tommy Ooi berkata, bertemakan 'Nostalgia Ramadan' pengunjung akan disajikan dengan menu istimewa kambing bakar dan makanan ala kampung seperti kambing gulai kawah, ikan keli sambal, paru masak berlada dan asam laksa Penang.

Iklan
Iklan
Antara hidangan untuk pengunjung sempena Ramadan ini di Avillion Port Dickson.

"Suasana berbuka puasa ala kampung akan lebih meriah dengan alunan muzik tradisional, caklempong yang sinonim dengan Negeri Sembilan.

"Pengunjung juga berpeluang menikmati 10 jenis kuih tradisional Melayu dan nyonya seperti puding, kek, agar-agar dan aneka ais krim," katanya.

Iklan

Tommy Ooi berkata, ruang makan bufet di sini boleh memuatkan sehingga 200 pengunjung pada satu-satu masa dan sesuai untuk seisi keluarga selain ruang solat untuk keselesaan pengunjung.

"Harga yang ditawarkan kepada pengunjung untuk bufet Ramadan ini RM75 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Iklan

"Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan bufet ini dengan menghubungi kami di talian 06-6476688," katanya.