Angka korban empangan Kakhovka meningkat 55 orang

Iklan
Angka kematian akibat banjir di wilayah Kherson yang dikuasai Rusia akibat kemusnahan empangan Kakhovka telah mencecah 55 orang. - Foto Agensi
MOSCOW - Angka kematian akibat banjir di wilayah Kherson yang dikuasai Rusia akibat kemusnahan empangan Kakhovka telah mencecah 55 orang, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Rusia kepada Sputnik pada Jumaat.

"Dua lagi mayat dijumpai dalam tempoh 24 jam yang lalu. Secara keseluruhan, 55 orang telah meninggal dunia," kata jurucakap itu.

Bahagian atas loji janakuasa Kakhovka di Sungai Dnipro rosak teruk dari 5 hingga 6 Jun, menyebabkan aliran keluar air yang tidak terkawal ke pekan di tebing timur sungai yang dikawal Rusia dan tebing barat yang dikuasai Ukraine.

Moscow dan Kyiv menyalahkan satu sama lain atas kemusnahan empangan itu. - Bernama-Xinhua