LKIM jadi pemudah cara daftar warta jeti swasta, individu

Iklan
Muhammad Faiz (empat dari kanan) bergambar semasa penyampaian peralatan penangkapan semasa Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Selangor pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia menjadi pemudah cara kepada jeti nelayan swasta dan persendirian untuk didaftarkan bagi tujuan pewartaan di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, LKIM memerlukan masa bagi mematuhi syarat ditetapkan sebelum ia didaftarkan di bawah LUAS.

Iklan
Iklan

"Semua jeti terbabit perlu mendaftar dan kita akur dengan ketetapan ditetapkan LUAS," katanya ketika ditemui selepas Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Selangor pada Jumaat.

Muhammad Faiz berkata, pemilik jeti berdepan kekangan kerana terpaksa menanggung kos tinggi bagi proses pendaftaran.

Iklan

"Antara kos terlibat seperti mengukur keluasan jeti dan tanah serta kos-kos lain sebelum mereka membuat pendaftaran.

Beliau memberitahu, kebanyakan jeti nelayan itu telah lama didirikan, bagaimanapun Enakmen LUAS mula dilaksanakan pada tahun 2016.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, LKIM sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Selangor bagi memastikan semua jeti terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan penguatkuasaan.

"Setakat ini kerajaan Selangor memahami kekangan yang kita hadapi, malah tiada tindakan perobohan premis dilakukan," jelas beliau.