[VIDEO] Benevolent, Philandure jalin kerjasama dengan Rasuah Busters

Iklan
Ketua Pasukan Rasuah Busters yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (empat dari kiri) bersama Khalid Al Walid (tiga dari kiri) dan Muhamad Hanapi (empat dari kanan).

SHAH ALAM - Benevolent Malaysia dan Philandure menjalinkan kerjasama dengan Rasuah Busters bagi mengangkat agenda transformasi di sektor sosial supaya lebih telus dan berintegriti sekali gus diyakini masyarakat, penderma serta agensi kerajaan.

Pengasas Philandure, Khalid Al Walid Mustafa Kamil berkata, Rasuah Busters merupakan satu gerakan sesuai untuk menerapkan integriti dalam kalangan masyarakat kerana bergerak di peringkat akar umbi selain memahami isu-isu semasa.

Iklan
Iklan

Katanya, masalah utama masyarakat hari ini adalah kurang memahami mengenai aspek integriti.

"Saya lihat perkara paling penting untuk melahirkan masyarakat berintegriti adalah perlu terapkan apa itu maksud integriti. Apabila Rasuah Busters menggariskan ciri-ciri tersebut maka ia mudah bagi kita untuk menyampaikan kepada orang ramai dengan bahasa yang senang difahami.

Iklan

"Kami rasa agenda untuk mengangkat sektor ketiga agar lebih berintegriti dan dipercayai ini sangat baik dan mirip dengan perjuangan kami. Ini adalah penyebab utama kerjasama ini dijalankan," katanya pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Benevolent Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin berpendapat, badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranannya sebagai penghantar untuk memberi kesedaran memerangi rasuah yang digerakkan oleh Rasuah Busters.

Iklan

Ujarnya, semua bahan telah disediakan dan hanya perlu memaparkan di setiap platform media sosial milik mereka.

Sementara itu, ditanya mengenai harapan anak muda untuk pilihan raya negeri (PRN), beliau menjelaskan, mereka perlu tahu perkara asas untuk memilih pemimpin, bukannya berdasarkan kuasa viral.

"Setidak-tidaknya anak-anak muda perlu tahu peranan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan implikasi kepada negara.

"Jangan selepas dapat RM10, kita tukar pendirian. Anak-anak muda sepatutnya memilih calon yang boleh menawarkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam menjaga kemakmuran negara," jelasnya.