CHUKAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nor Fatin Karim, 14, diteruskan hari ini dengan penumpuan di sektor A kawasan pencarian.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan II Azman Alias berkata, pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil.
"Kaedah pencarian tertumpu di lokasi-lokasi yang kita sudah kenal pasti semalam, di tempat mangsa-mangsa sebelum ini dijumpai dan kita akan lebihkan pencarian di kawasan berhampiran.
"Susulan pemantauan semalam, kami dapati banyak beting baru yang wujud di jeram dan kawasan tersebut akan digali serta pencarian dibantu empat anjing pengesan K9," katanya yang ditemui di sini hari ini.
Azman berkata, operasi melibatkan 250 anggota pada hari ini juga akan melakukan pencarian semula secara terperinci di kawasan yang dicakupi sebelum ini.
"Pencarian termasuk di kawasan timbunan kayu yang baru wujud ekoran perubahan cuaca dan hujan dari semasa ke semasa,” katanya.
Jenazah sembilan mangsa yang ditemukan susulan tragedi kepala air di jeram berkenaan pada Sabtu lepas telah selamat dikebumikan iaitu lapan di Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu, manakala seorang lagi dikebumikan pada 7 pagi tadi di Batu Pahat, Johor. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati
Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa
Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata
'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'
Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3
Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B
Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A