Pochettino mahu bangkit bersama Chelsea

Iklan
Pochettino mahu melupakan kekecewaan untuk bangkit bersama Chelsea pada musim baharu ini. Foto AFP.

PENGURUS baharu Chelsea, Mauricio Pochettino enggan menoleh ke belakang dan mahu melupakan kekecewaan dengan tekad untuk melakar kebangkitan pada musim baharu ini.

Sedar dengan tugas berat menantinya setelah The Blues menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-12 pada musim lalu - terendah dalam tempoh 29 tahun.

Iklan
Iklan

Usaha telah bermula untuk mendapatkan semula keseimbangan dalam pasukan dengan Mason Mount dan N’Golo Kante antara sembilan pemain utama yang telah meninggalkan pasukan sejak jendela perpindahan dibuka.

Pochettino akan mengambil peranan yang lebih praktikal dalam pasukan walaupun pengarah sukan bersama Paul Winstanley dan Lawrence Stewart akan terus memimpin proses perpindahan pemain.

Iklan

"Dalam bola sepak, anda perlu bergerak pantas. Jika tidak, anda akan ketinggalan,” kata Pochettino.

Ujian pertama Pochettino dalam saingan EPL musim baharu ini adalah menentang Liverpool di Stamford Bridge pada 13 Ogos.

Iklan

Pochettino juga optimis kemampuan Chelsea untuk memulakan langkah musim 2023/2024 meskipun sedar pasukan belum berada pada tahap terbaik.

"Sudah tentu apa yang saya dapati dari hari pertama dan memang benar bahawa skuad masih belum di tahap terbaik, namun para pemain sangat terbuka dan sikap mereka cukup menakjubkan.

"Pasukan mempunyai kualiti dan kami akan menambah lebih banyak kualiti. Sangat teruja untuk berada di sini dan sudah tentu saya tidak memikirkan apa yang berlaku pada masa lalu sebaliknya anda perlu meneruskan dan cuba memikirkan masa depan,” katanya.