KEPUTUSAN pelakon Puteri Sarah Liyana menyelesaikan kes saman terhadap Ira Kazar secara luar mahkamah ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.
Memetik laporan Gempak, ada di antara mereka meluahkan tanda tanya dan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dilakukan Puteri Sarah.
Antara soalan yang diajukan kepada Puteri Sarah menerusi ruangan komen di Instagram miliknya adalah:
"Betul ke Puteri Sarah tarik saman Ira, saya kecewa. baru nak jadikan idola,” tulis seorang netizen.
Bagaimanapun Puteri Sarah kemudiannya tampil menjawab persoalan netizen tersebut.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dirinya membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
"Mengalah tak bererti kalah... saya lebih memilih mental health saya, freedom saya, kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan saya amat berharga. Doakan saya ya,” jelasnya.
Terdahulu, pada 5 Julai lalu mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dicapai antara Puteri Sarah, selaku plaintif dengan Ira Kazar atau Faghira Fatini Kazaruddin, 28, selaku defendan di mana mereka telah menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN: