PKR Kelantan bertanding tujuh kerusi DUN

Iklan
PKR akan bertanding di tujuh kerusi DUN pada PRN Kelantan.

KOTA BHARU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata, tujuh kerusi berkenaan ialah DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan.

Iklan
Iklan

"PKR Kelantan telah diarahkan untuk membuka Bilik Gerakan Utama (BGU) di ketujuh-tujuh DUN yang akan kita tandingi itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera dan BGU DUN Panchor di sini malam tadi.

Syed Mohd Alidustur yang juga Ketua Cabang PKR Pengkalan Chepa berkata, pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon dari parti komponen Kerajaan Perpaduan meskipun di kawasan DUN yang tiada calon PKR bertanding.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, BN akan bertanding di 31 kerusi DUN, manakala 14 kerusi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi PKR dan Amanah.

PRN di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu akan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos. - Bernama

Iklan