[KEMAS KINI] TONGGAK pertahanan, William Saliba setia bersama Arsenal apabila mengikat kontrak jangka panjang selama empat tahun bersama The Gunners.
Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian empat tahun bernilai 10 juta pound (RM60 juta) semusim.
Pemain antarabangsa Perancis itu memainkan peranan penting ketika The Gunners memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu, namun gagal ketika baki saingan menuju ke penghujung.
Tanpa kelibatnya, pasukan kendalian Mikel Arteta hilang rentak dan dipintas Manchester City yang akhirnya berjaya mengekalkan gelaran mereka.
Persetujuan antara kedua-dua pihak akhirnya dicapai yang mengikat Saliba dengan kelab itu dalam perjanjian untuk tempoh empat tahun lagi.
"Saya dilahirkan di utara Paris, tetapi menjadi dewasa di utara London.
"Memperoleh keyakinan daripada pengendali dan kelab, kemudian mendapat kasih sayang dan sokongan anda membuatkan saya rasa dihargai. Terima kasih semua,” ujar Saliba.