Djokovic tundukkan musuh lama, Wawrinka

Iklan
Djokovic mara ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Wimbledon setelah mengalahkan Wawrinka pada Jumaat. - Foto EPA

PEMAIN sensasi, Novak Djokovic mara ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ke-15 setelah menewaskan seteru lama, Stan Wawrinka pada Jumaat.

Djokovic dalam misi memburu untuk menyamai rekod kejuaraan kelapan Wimbledon dan takhta ke-24 dalam karier Grand Slam, menang 6-3, 6-1, 7-6 (7/5) ke atas Wawrinka yang berusia 38 tahun.

Iklan
Iklan

Pemain nombor dua dunia, Djokovic akan berdepan pemain Poland, Hubert Hurkacz, yang ditundukkannya lima kali dalam lima perlawanan, bagi merebut tempat ke suku akhir.

Kemenangan itu merupakan yang ke-21 buat Djokovic daripada 27 pertembungan dengan Wawrinka.

Iklan

Wawrinka juga merupakan juara kejohanan utama tiga kali ketika mengecewakan Djokovic pada final Terbuka Perancis 2015 dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2016.

"Stan (Wawrinka) melakukan sesuatu yang menakjubkan memandangkan usianya. Kami pemain tua.

Iklan

"Kami bertarung dengan hebat selama ini. Saya hormatinya sebagai seorang pemain dan sukakannya sebagai seorang individu. Dia seorang lelaki yang amat baik,” ujar Djokovic.

Kejayaan pemain berusia 36 tahun itu menyamai rekod Pete Sampras dengan 31 kemenangan berturut-turut pada kejohanan tersebut.

Kemenangan Djokovic meletakkannya di landasan tepat untuk ke perlawanan akhir bertembung pemain nombor satu dunia dan juara Terbuka AS, Carlos Alcaraz yang mengalahkan pemain ranking ke-84, Alexandre Muller dari Perancis 6-4, 7-6 (7/2), 6-3.