Gerakan sah bertanding di empat negeri

Iklan
Dominic pada sidang akhbar di Menara Gerakan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengesahkan akan bertanding di 36 daripada 245 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos akan datang.

Penyandang Presidennya, Datuk Dominic Lau berkata, Gerakan akan bertanding di empat negeri bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu di Kedah (3), Pulau Pinang (19), Selangor (8) dan Negeri Sembilan (6).

Iklan
Iklan

Difahamkan Dominic akan bertanding di DUN Bukit Tengah, Pulau Pinang.

"Ya... sudah pasti saya akan bertanding kerana saya anak kelahiran Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Menara Gerakan di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau turut mengakui ia adalah pencapaian tertinggi Gerakan yang meletakkan calon ketika bersama PN iaitu 20 kerusi Parlimen dan 63 kerusi DUN berbanding ketika bersama Barisan Nasional (BN) ialah 13 kerusi Parlimen dan 33 kerusi DUN pada PRU14.

Ini kerana menurut Dominic, beliau telah mendapat cadangan dan sokongan daripada perwakilan di 11 buah negeri antaranya Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan

Iklan

"Cabaran besar yang kita hadapi pada pemilihan parti kali ini adalah kerana turut bersaing dengan PRN yang akan diadakan tidak lama lagi,” jelasnya.

Menurutnya, parti itu telah cuba untuk menangguh pemilihan, namun Jabatan Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan kerana perlembagaan parti menetapkan lapan bulan selepas PRU15 perlu diadakan pemilihan berkenaan.

"Apapun saya ingatkan kepada semua ahli bahawa kita perlu kekal fokus kepada PRN berbanding pemilihan parti,” ujarnya.

Dominic bakal berhadapan saingan tiga penjuru iaitu Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong; Pengerusi Gerakan Melaka, Michael Gan dan bekas setiausaha agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng.