PRN: BN perkenal calon WALI 28 Julai ini - Kamaruddin

Iklan
Bendera Barisan Nasional - Foto Bernama

KOTA BHARU - Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sepakat memilih calon memenuhi kriteria WALI iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima), likeable (disenangi) dan integrity (integriti) untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah berkata, empat perkara itu antara faktor yang boleh memberi kemenangan kepada BN.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, usia bukan kayu pengukur untuk menjadi calon kerana paling penting ialah dapat memenangi hati pengundi.

"Selepas perbincangan bersama, parti akan memilih calon yang dipanggil WALI untuk diperkenalkan kepada pengundi pada 28 Julai ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Kamaruddin memberitahu, secara peribadi beliau tidak kisah calon pilihan pucuk pimpinan tetapi mereka perlu bergerak awal mengenali pengundi.

"Walaupun nama mereka belum diumumkan oleh pucuk pimpinan, nama yang diangkat sudah boleh mendekati pengundi," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai MCA dan MIC tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN), jelas Kamaruddin, perkara itu tidak memberi sebarang kesan terhadap UMNO.

Kata beliau, MIC dan MCA merupakan parti yang sudah lama bersama UMNO malah bersikap lebih matang untuk membuat dan menerima keputusan.

"Mereka ikhlas mahu mengambil peluang membantu calon BN dan Pakatan Harapan (PH) supaya memenangi kesemua enam negeri pada PRN," katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan penyokong MIC dan MCA marah dengan keputusan itu, beliau berkata, ia hanya sekadar persepsi pembangkang.

"Itu persepsi...lebih-lebih lagi daripada musuh yang mahu melaga-lagakan BN dan dua parti itu tetapi ia tidak berhasil kerana hubungan kami masih kukuh," katanya.