KINABATANGAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju menjadikan cogan kata rasmi Sabah 'Sabah Maju Jaya' (SMJ) sebagai nombor plat khas kenderaan kerajaan Sabah.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa SMJ kini bukan saja diiktiraf di peringkat negeri malah di peringkat kerajaan Persekutuan melalui JPJ.
"Baru-baru ini apabila saya berjumpa dengan Pengarah JPJ Sabah, mereka bersetuju supaya plat SMJ dikhaskan untuk kereta kerajaan Sabah.
"JPJ mengkhaskan plat SMJ kepada kerajaan negeri sebagai pengiktirafan bahawa ia adalah satu hala tuju yang baik untuk Sabah," katanya pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau-Lamag di Dataran Pekan Sukau, pada Sabtu.
"Inipun SMJ jadi kritikan. Mereka yang dengki dengan kita, mereka yang dulu tiada hala tuju, kerana itu selalu mereka mempunyai fikiran negatif dan cakap SMJ jalan berlubang, SMJ air tiada.
"Inilah yang dilakukan pembangkang hari ini. Ini niat tidak baik dan terlalu negatif kerana bagi kita SMJ adalah cogan kata yang mesti diperkasa dan dimartabat. Tiada orang guna ini sebelum saya tetapi saya guna ini untuk bangunkan Sabah," katanya.
Jelasnya lagi, banyak inisiatif di bawah SMJ yang sudah berjaya dilaksanakan termasuk bantuan kewangan untuk anak-anak Sabah melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah.

Hajiji menerima penyerahan borang keahlian Gagasan Rakyat daripada Juhari pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau-Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan.