Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tabik hormat pada Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Seramai 142 anggota baharu termasuk sepuluh anggota bomba daripada pelbagai agensi menamatkan latihan mereka selama lima bulan bermula 1 Februari lalu.