Deadpool 3, Jennifer Garner kembali sebagai Elektra

Iklan
Jennifer Garner

SETELAH hampir 20 tahun, aktres popular, Jennifer Garner kembali mengisi peranan sebagai Elektra menerusi filem Deadpool 3.

The Hollywood Reporter melaporkan filem antiheroin Marvel Comic, terbitan Marvel Studios itu kini sedang menjalani penggambaran di London dan turut menyaksikan Ryan Reynolds kekal sebagai Deadpool.

Iklan
Iklan

Perkembangan terbaharu itu tentunya menjadi berita gembira buat peminat Garner, 51, yang pernah mencuri perhatian menerusi watak pembunuh itu dalam filem Daredevil (2003), bersama bekas suaminya, Ben Affleck sebagai Man Without Fear.

Garner juga ditampilkan dalam spin-off filem tersebut, Elektra (2005) yang diakui banyak namanya, meski filem tersebut gagal mendapat kutipan box office.

Iklan

Justeru penampilan kembali ibu kepada tiga anak itu cukup dinantikan dan mengundang teruja kepada peminat setianya.

Deadpool 3 yang diarahkan oleh Shawn Levy itu dijangka menemui penonton pada 3 Mei 2024.

Iklan