SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan menggunakan khidmat pakar berpengalaman khususnya yang terlibat menyelamatkan negara ketika krisis kewangan Asia 1997 bagi mengatasi masalah penyusutan nilai ringgit ketika ini.
Pengerusi Proklamasi Orang Melayu itu berkata, pakar berkenaan telah mencipta dan melaksanakan kawalan mata wang ketika itu.
"Kita sebenarnya ada orang (pakar) yang telah mencipta dan melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1997 dan 1998 seterusnya menyelamatkan negara kita pada
"Orang itu masih ada, apa salahnya kalau kita panggil orang itu tolong tunjuk macam mana nak buat kawalan ringgit," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian pada program Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan bersama beliau anjuran Proklamasi Orang Melayu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada Sabtu.
Townhall itu menyaksikan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin serta Setiausaha Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya menjadi moderator bersama.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan, nilai ringgit ketika ini telah jatuh daripada RM3.80 bagi AS$1 beberapa tahun lalu kepada RM4.65 untuk AS$1 sekarang.
"Kita hilang hampir RM1, sepatutnya kita fikir semula tentang dasar kita dan (saya yakin) kita boleh buat.
"Tetapi entah macam mana kerajaan sekarang ini tidak memberi perhatian (terhadap perkara ini) sehingga ringgit jatuh, harga barang naik, cukai naik dan inflasi (tinggi)," ujarnya.
Menurutnya, lebih teruk impak kejatuhan ringgit itu boleh memiskinkan negara dan rakyat.
Dr Mahathir mendakwa, beliau juga pernah menyuarakan cadangan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini agar negara agar mengikat nilai ringgit tetapi cadangan itu ditolak.
"Saya kata kita patut ikat nilai mata wang ringgit kita supaya (mata wang) tak bergerak agar bila buat bajet, bajet untuk tahun depan dapat dibuat dengan nilai ringgit tak jatuh.
"Tapi entah bagaimana saya dapat jawapan (saranan saya) tak boleh dibuat sebab kononnya bangsa lain akan mengecam kita. Tapi cara ini dulu kita buat dan kita berjaya," tegasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Sedia kongsi idea, Tun M dakwa tiada PM selepas beliau tampil
Tun M saran guna khidmat pakar atasi penyusutan ringgit
'Salahkah saya kata Malaysia adalah Tanah Melayu?' - Tun M
DAP mahu jadikan Malaysia negara berbagai kaum, sekular - Tun M
Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
'Ada orang nak melabur RM500 bilion di Pulau Langkawi jumpa saya'