AS umum bekal bom berangkai ke Ukraine

Iklan
Salah sebutir bom berangkai yang tidak meletup di temui di Lysychansk, wilayah Lugansk. - AFP

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan membekalkan bom berangkai kepada Ukraine buat kali pertama ketika Kiev berdepan pertempuran sengit dalam serangan balas terhadap pencerobohan Rusia.

Bagaimanapun, langkah itu dikritik hebat kumpulan hak asasi manusia kerana bombang bahaya ditimbulkan jika bom tidak meletup, tetapi Washington berkata mereka menerima jaminan bahawa Kiev akan meminimumkan risiko kepada orang awam.

Iklan
Iklan

Presiden AS, Joe Biden memberitahu CNN bahawa keputusan membekalan bom itu 'sangat sukar' tetapi tentera Ukraine telah kehabisan peluru.

"Sama ada mereka mempunyai senjata untuk menghentikan Rusia sekarang atau sebaliknya. Saya fikir mereka memerlukannya," katanya.

Iklan

Menurut Pentagon, pakej bantuan ketenteraan diumumkan Jumaat termasuk 'peluru konvensional yang dipertingkatkan', yang merujuk kepada bom berangkai.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, mengucapkan terima kasih terhadap 'bantuan diperlukan, membuat ciapan di Twitter bahawa 'pengembangan keupayaan pertahanan berupaya mempertahankan tanah air dan mencapai keamanan'.

Iklan

Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan menjelaskan keputusan itu akan lebih membahayakan lagi orang awam jika tentera Rusia dan kereta menyerang kedudukan Ukraine kerana Kiev tidak mempunyai artileri yang mencukupi. - AFP