Sabah kekalkan rekod tanpa kalah di Likas

Iklan
Saddil (dua dari kiri) bersama-sama rakan sepasukan meraikan jaringannya ketika aksi Liga Super, Sabah menentang Kuching City di Stadium Likas pada Sabtu.

Sabah FC meneruskan pemburuan kelompok terbaik Liga Super musim ini selepas menjinakkan Kuching City FC, 4-3 dalam perlawanan di Stadium Likas pada Sabtu.

Bagaimanapun mata ke-30 selepas mengharungi 16 perlawanan diraih anak buah, Datuk Ong Kim Swee bukan sesuatu yang mudah apabila diberikan tentangan sengit angkatan Irfan Bakti Abu Salim yang dibantu Sulaiman Hussin.

Iklan
Iklan

The Rhinos terlebih dulu di depan hasil jaringan Saddil Ramdani pada minit ke-12', sebelum pemain import baharu tuan rumah Ramon Machado De Macedo membuka akaun gol pertama bersama majikannya untuk memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, The Cats yang tewas 1-2 di Stadium Negeri pada 6 Mac lalu berusaha kembali ke dalam permainan merapatkan defisit hasil jaringan Amir Amri Salleh pada minit ke-55'.

Iklan

Bagaimanapun, The Rhinos yang tersentak kembali melebarkan kedudukan hasil sentuhan Stuart John Wilkin pada minit ke-58.

The Cats kemudian kembali garang apabila Abu Kamara tampil meledak dua gol pada minit ke-67' dan 86 untuk mengikat permainan.

Iklan

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Ramon muncul wira Sabah apabila meledak gol minit ke-93, untuk keputusan 4-3 memihak pasukan tuan rumah.

Keputusan itu menyaksikan Sabah yang mengekalkan rekod tanpa kalah saingan Liga Super di Likas, kini menduduki tangga keempat liga selepas 16 perlawanan manakala Kuching City pula yang kurang satu aksi di tangga ke-13.

Sabah selepas ini dijadualkan berdepan Sri Pahang FC di Stadium Likas pada 15 Julai manakala Kuching City melayan kunjungan Perak FC di Stadium Negeri sehari selepas itu.