SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak melaksanakan janji dalam melupuskan hutang peneroka.
Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada tahun 2021 kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu telah mengumumkan pelupusan hutang peneroka kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Felda terpaksa berhutang RM9 bilion melalui sukuk untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad serta membayar pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank.
"Dahulu Tan Sri (Muhyiddin) semasa jadi Perdana Menteri beritahu bahawa kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya sudah mula bayar pada tahun 2022.
"Tapi ia tidak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh-jatuh,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook, pada Sabtu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tambun yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery turut memaklumkan, tiada perjanjian bertulis di antara kerajaan PN dengan Felda untuk membantu menyelesaikan hutang berkenaan.
Tambahnya, Anwar dan Kerajaan Perpaduan telah memutuskan penyelesaian serta membuat perjanjian dengan Felda untuk menyelesaikan sukuk.
"Kerajaan Perpaduan beri komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan hutang itu.
"Alhamdulillah Felda lega dan boleh bantu lagi peneroka,” ujarnya.
Pada masa sama, Ahmad Shabery berharap Muhyiddin tidak bersikap terlalu gopoh.
"Cerita jangan tak habis,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin jawab isu hutang peneroka Felda
Radzi minta PM semak fakta pelupusan hutang peneroka Felda
Kerajaan lulus dana RM1 bilion setahun untuk kelangsungan Felda
Felda Maokil 1 menang RM1 juta
Kerajaan bantu penstrukturan semula pinjaman Felda - PM
Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tadbir urus - Anwar
Peneroka usul empat permintaan tampung kebajikan warga Felda
Peneroka harap kerajaan dapat selesaikan isu tertangguh
Dilabel orang luar, Ahmad Shabery terima sebagai cabaran
Pemansuhan 80 peratus hutang berita dinantikan peneroka Felda