IPTA beri pelepasan pelajar balik mengundi

Iklan
Dari kiri: Yuserrie, Mohd Ekhwan

SHAH ALAM - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan memberi pelepasan kuliah kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ditetapkan 12 Ogos nanti.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, cuti pelepasan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bagi memberi peluang kepada pelajar menunaikan tanggungjawab kepada negara dan prihatin terhadap sistem pentadbiran serta pembentukan kerajaan berdemokrasi.

"Pihak pengurusan universiti mempertimbangkan pelepasan kuliah bagi memberi ruang pelajar untuk kembali melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Pada 5 Julai lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRN akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos depan.

Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak merancang untuk menghantar pelajar pulang sempena PRN.

Iklan

Bagaimanapun, Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan mempermudahkan urusan permohonan balik bagi memastikan mereka boleh menjalankan tanggungjawab mengundi.

"Proses permohonan untuk pelajar pulang akan dilaksanakan dengan baik mengikut prosedurditetapkan pihak universiti.

"HEP akan memudahkan urusan permohonan balik mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan negeri yang menyediakan pengangkutan bagi mahasiswa pulang mengundi," jelasnya.