PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka cadangan untuk memperkenalkan jaminan korporat, sekali gus mengikat syarikat induk bertanggungjawab terhadap kegagalan anak syarikat dalam menyiapkan projek perumahan di seluruh negara.
Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah tersebut merupakan salah satu pengurusan risiko dalam menangani isu projek perumahan sakit yang berlarutan bagai tiada kesudahan.