Peluang menang RM18,000 cabaran inovasi HSBC

Iklan
Tara Latini
MULAI sekarang hingga Jun 2019, HSBC Bank Malaysia Berhad menganjurkan Cabaran Inovasi Terbuka HSBC bagi menarik bakat baharu semua industri dengan idea digital yang inovatif untuk menyelesaikan cabaran perbankan runcit kehidupan sebenar.

Peserta Cabaran Inovasi Terbuka HSBC 2019 diberi peluang untuk menterjemahkan idea mereka menggunakan kotak pasir openlab untuk mencipta prototaip penyelesaian kerja mereka.

Berbeza dengan model Hackathon tradisional, Cabaran Inovasi Terbuka HSBC 2019 membolehkan para peserta untuk mengusahakan penyelesaian mereka dengan akses kepada kotak pasir openlab yang mempunyai 200 Aplikasi Pemrograman Antara muka (API), perisian kit pembangunan, serta data sintetik untuk membantu membina prototaip mereka.

Ketua Negara, Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan, HSBC Malaysia, Tara Latini berkata, Malaysia adalah pasaran pertama di mana HSBC melancarkan cabaran sedemikian dan ini dengan jelas menunjukkan komitmen bank kepada negara dan komuniti digital berbakat.

"Sebagai sebuah organisasi global yang beroperasi di 66 negara dan wilayah, kami di HSBC memahami bahawa pendigitalan mengubah perkhidmatan kewangan dengan pantas.

"Kami melihat bahawa banyak produk, perkhidmatan dan proses perbankan semasa boleh dibuat dengan lebih baik dan cepat melalui pendigitan dan penggunaan data kreatif.

"Oleh itu, melalui Cabaran Inovasi Terbuka HSBC, kami berhasrat untuk merevolusikan cara produk dan perkhidmatan kewangan direka dan dihantar kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5 Mei 2019 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, iaitu RM8,000 bagi tempat pertama, RM6,000 (kedua) dan RM4,000 (ketiga).