Nelayan miliki lesen ditahan bawa bubu naga

Iklan
Nelayan tempatan berusia 42 tahun ditahan bersama 18 unit bubu naga dalam operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekitar jam 10.39 pagi pada Sabtu.

PARIT BUNTAR - Seorang nelayan tempatan ditahan selepas dikesan membawa bersama 18 unit bubu naga dalam satu pemeriksaan di kedudukan 0.2 batu nautika barat Kuala Kuala Gula, dekat sini pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan dalam operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekitar jam 10.39 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati, nelayan itu mengendalikan bot secara sendirian dan memiliki lesen yang sah.

"Bagaimanapun pemeriksaan lanjut menemui 18 bubu naga di atas geladak utama bot disyaki digunakan sebagai alat menangkap ikan.

Iklan

"Dia telah ditahan untuk siasatan manakala bot dan semua unit bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(b) Akta Perikanan 1985.

Iklan

Katanya, komuniti nelayan perlu mematuhi undang-undang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Paling penting tidak sesekali menggunakan alat menangkap ikan yang boleh memberi kesan negatif terhadap ekosistem marin demi mengaut keuntungan," katanya.