Pemandu lori diberkas buat laporan palsu

Iklan
Gambar hiasan

AMPANG - Gara-gara kononya ditipu individu tidak dikenali melibatkan pembelian sebuah motosikal, seorang pemandu lori diberkas selepas membuat laporan palsu dalam kejadian, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berumur 54 tahun itu mulanya tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang berkaitan kehilangan sebuah motosikal.

Iklan
Iklan

"Suspek mendakwa motosikal yang diletakkan di Flat Taman Kosas itu didapati telah hilang sebelum hadir membuat laporan polis kira-kira jam 8 pagi.

"Siasatan dijalankan mendapati laporan tersebut adalah palsu dan tidak berlaku kehilangan sebagaimana dilaporkan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, suspek kemudiannya diberkas di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 1 petang.

"Siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian kerana telah ditipu seorang individu tidak dikenali atas pembelian motosikal, selain suspek mendakwa telah membayar RM2,000 kepada individu tersebut.

Iklan

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah," katanya.

Menurutnya, suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 379/182 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diingatkan agar tidak terlibat dalam apa apa perbuatan membuat laporan polis palsu," katanya.