Program Bakul Makanan untuk masyarakat berbilang kaum

Iklan
Sivakumar menyampaikan kotak makanan kepada penerima sempena Program Penyerahan Bakul Makanan B40 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Gajah, Jelapang di sini.

BATU GAJAH - Seramai 300 orang penduduk Jelapang, di sini terdiri daripada pelbagai kaum menerima manfaat Program Bakul Makanan yang disediakan oleh Pejabat Ahli Parlimen Batu Gajah.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pemberian tersebut merupakan inisiatifnya bagi menterjemahkan usaha murni kerajaan Madani bagi membantu meringankan beban golongan di B40 di kawasan Jelapang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan tersebut juga bertujuan memastikan setiap keluarga yang kurang berkemampuan menerima bantuan makanan keperluan asas dalam kehidupan seharian mereka.

"Saya berharap dengan adanya bantuan seumpama ini akan memberi kesan positif dalam kehidupan penerima dan saya akan terus berusaha untuk menjalankan program-program bantuan lain yang dapat memberi manfaat kepada komuniti di Parlimen Batu Gajah.

Iklan
Sebahagian penerima kotak makanan yang hadir ke Program Penyerahan Bakul Makanan B40 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Gajah, Jelapang di sini.

"Saya menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam membangun sebuah masyarakat yang lebih bersatu, sejahtera, dan membantu mereka yang memerlukan dalam komuniti setempat," katanya ketika berucap ketika menyempurnakan program tersebut di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Gajah, Jelapang di sini.

Sivakumar yang juga Menteri Sumber Manusia dalam pada itu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kawasan Jelapang yang hadir memberikan sokongan terhadap Program Penyerahan Bakul Makanan B40.

Iklan

Menurutnya, kehadiran penduduk memberikan inspirasi dan semangat kepada semua untuk terus bekerjasama dalam membantu mereka yang memerlukan.