SEFB sedia bank tuala wanita pertama di UUM

Iklan
Dari kiri; Khausalya, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) SEFB, Dr Zalina Zainal dan Yang Dipertua MPP UUM, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman ketika perasmian SEFB Sanitary Pad Bank pada 4 Julai lalu.

KUBANG PASU - Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) mengambil inisiatif menyediakan SEFB Sanitary Pad Bank yang pertama di universiti tersebut.

Setiausaha Pentadbiran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SEFB, C Khausalya berkata, idea itu dicetuskan olehnya sendiri untuk membantu golongan pelajar wanita di UUM.

Iklan
Iklan

Katanya, tujuan penyediaan bank tuala wanita itu adalah untuk mencipta persekitaran yang baik, meningkatkan kesejahteraan dan mendorong kesetaraan gender dalam kalangan komuniti akademik SEFB.

"Selain itu, saya juga ingin membantu pelajar SEFB mengatasi masalah kebersihan dan kewangan untuk membeli tuala wanita ketika datang bulan," katanya di sini pada Ahad.

Iklan

Khausalya yang juga pelajar semester enam Sarjana Muda Perbankan berkata, setiap hari lebih 60 pek tuala wanita pelbagai jenama disediakan di Student Lounge Melur SEFB bagi memudahkan pelajar.

"Lokasi ini menjadi lokasi utama untuk 'break the stigma' dan memberikan pendedahan kepada semua bahawa tuala wanita merupakan satu keperluan untuk pelajar wanita.

Iklan

"Dengan adanya Sanitary Pad Bank, pelajar boleh mendapatkan tuala wanita ini secara percuma mengikut keperluan pada bila-bila masa. Ini bukti bahawa kami memahami keperluan pelajar wanita," katanya.

Beliau berharap program SEFB Sanitary Pad Bank akan menjadi ikutan di pusat pengajian mahupun pusat tanggungjawab di UUM sebagai kemudahan kepada golongan wanita yang memerlukan, secara tidak langsung memanfaatkan kepada masyarakat secara lebih luas.

"Selepas ini, menstruasi tidak lagi menjadi halangan dalam mencapai kejayaan dan kesetaraan. Saya berharap inisiatif seperti ini akan berterusan termasuk menjadi menjadi anjakan paradigma bagi IPT lain," ujarnya.