Semangat kuat Eddie Wings, teruskan konsert demi tanggungjawab

Iklan
Eddie tampil menjayakan persembahan di Konsert Nusafest 2023 di Bandar Malaysia pada Sabtu. - Foto Instagram Eddie Wings

PEMAIN bass kumpulan Wings, Eddie tetap meneruskan komitmennya untuk tampil menjayakan persembahan di Konsert Nusafest 2023 yang berlangsung di Bandar Malaysia semalam, biarpun baru sahaja kematian isteri, Norlela Mohd Yusof pada Jumaat lalu.

Menurut Eddie, 55, keputusan untuk terus beraksi di konsert tersebut dilakukan atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang pemuzik.

Iklan
Iklan

Baginya, apa-apa pun masalah yang timbul di luar tidak akan dicampur-aduk dengan kerja, malah sentiasa bersedia memberikan komitmen.

"Saya lihat kawan-kawan memberikan sokongan penuh sejak awal urusan isteri di hospital sehingga dikebumikan. Kawan-kawan semua ada dengan saya. Itu yang buat saya lagi kuat.

Iklan

"Saya reda dengan ketentuan ALLAH. Dah bersedia dengan apa yang berlaku. Jadi, saya cuba teruskan konsert ini. Alhamdulillah, saya dapat fokus tapi bila Awie buat pengumuman ketika lagu Harapan, saya dah tak boleh tahan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Datuk Awie yang juga vokalis Wings, Awie memuji komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh Eddie meskipun masih berada dalam kesedihan selepas pemergian isterinya.

Iklan

Jelas Awie, Wings sudah bersedia mencari pengganti sekiranya Eddie tidak dapat beraksi pada konsert tersebut.

Bagaimanapun, pemuzik itu menyatakan kesanggupannya untuk beraksi tanpa ada desakan atau paksaan daripada sesiapa.

"Kita tidak memaksa Eddie kerana dari sudut kesihatan, emosinya terganggu dan sebagainya. Kita tidak mahu berlaku apa-apa yang tidak elok di pentas.

"Namun dengan kekuatan yang ada, semangat setia kawan dan semangat padu dalam Wings semuanya berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Allahyarham Norlela, 61, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu dipercayai akibat komplikasi buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isteri Eddie Wings meninggal dunia