Bukti serius miliki TRW, Erfan Akif sedia 'pasukan'

Iklan
Pengurus Erfan Akif, Ezz Aisar menunjukkan sebahagian daripada perniagaan kedai emas yang diusahakan bersama keluarga ketika ditemui di Jelawat, Bachok.

ERFAN Gym & Fitness sudah menyediakan pasukan sebagai bukti betapa seriusnya mereka untuk menjadi pemilik Kelantan FC.

Pemiliknya, Erfan Akif berkata, pasukan khas tersebut akan membantunya dalam kerja-kerja pengurusan.

Iklan
Iklan

"Selain itu, saya juga mempunyai sumber kewangan kukuh untuk memiliki Kelantan FC.

"Selain mengusahakan gimnasium, saya juga memiliki perniagaan kedai emas bersama keluarga dan import eksport minuman kecergasan," katanya ketika ditemui di Jelawat, di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, bagaimanapun keputusan menjadi pemilik penuh pasukan itu bergantung pertemuan dengan Norizam Tukiman atau Zamsaham dalam masa terdekat ini.

Ujarnya, jika tidak menjadi pemilik dia sedia untuk membeli saham Kelantan FC.

Iklan

Erfan Akif memberitahu, dia berharap penyokong dapat memberikan sokongan padu berhubung hasratnya itu.

"Saya mahu memiliki atau membeli saham dengan tujuan memulihkan semula prestasi Kelantan FC supaya menjadi salah satu pasukan yang disegani.

"Bola adalah jiwa rakyat Kelantan. Saya orang Kelantan, menjadi kerugian sekiranya tidak membantu pasukan," katanya.