SHAH ALAM - 'Tiada siapa pun jemput hang masuk DAP, apatah lagi jadi Setiausaha Agung'. Itu jawapan balas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berhubung kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang tidak akan sesekali menyertai parti tersebut.
Katanya, tahap pemahaman Bahasa Melayu Wan Saiful sangat lemah.
"Hello Wan Saiful, jangan lah perasan sangat.
"Tak kan lah tahap pemahaman BM hang gitu lemah? Yang depa tanya hang Setiausaha Agung DAP ka itu adalah bahasa sindirian," jelasnya menerusi laman Facebook pada Ahad.
Pada Ahad, Wan Saiful membalas pertanyaan sinis Anthony Loke berhubung ura-ura terdapat usaha pihak tertentu menukar Ketua Menteri Pulau Pinang.
Wan Saiful berkata, sampai mati beliau tidak ingin jadi Setiausaha Agung DAP.
Ujarnya, selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor beliau menerima banyak maklumat mengenai Pulau Pinang termasuk pendedahan mengenai pergolakan politik dalaman negeri itu.
ARTIKEL BERKAITAN: