Remaja lelaki lemas mandi sungai

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto Bomba Perak

IPOH - Seorang remaja lelaki meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika mandi di Sungai Tanggang, Hulu Kinta dekat sini pada Ahad.

Mayat mangsa dikenali sebagai Santosh, 18, itu ditemui penduduk Orang Asli di kawasan berdekatan.

Iklan
Iklan

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tambun pada jam 5 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal memaklumkan, mangsa pergi ke sungai itu bersama tiga rakannya.

Iklan
Anggota bomba membawa mayat mangsa keluar dari kawasan sungai sebelum diserahkan kepada polis. - Foto Bomba Perak

"Pegawai perubatan yang tiba bagaimanapun mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 7 petang.

Iklan