KELAB Ukraine, Dynamo Kyiv menyifatkan Fenerbahce adalah kelab tanpa penghormatan dan hati nurani dalam satu kenyataan keras selepas pasukan Turki itu berkunjung ke Rusia untuk kejohanan pramusim.
Fenerbahce akan menentang Zenit St Petersburg, Red Star Belgrade dan kelab Azerbaijan Neftci dalam Piala Perdana Pari mulai Ahad, dengan perlawanan diadakan di Arena Gazprom di St Petersburg.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, kelab Rusia telah digantung daripada penyertaan dalam pertandingan FIFA dan UEFA selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine, yang disifatkan Moscow sebagai operasi ketenteraan khas.
"Wang berdarah (gergasi tenaga Rusia) Gazprom telah mengatasi segala-galanya untuk anda, meninggalkan anda tanpa penghormatan dan hati nurani," kata Dynamo dalam satu kenyataan.
Dynamo menambah:"Tiada apa-apa yang boleh membenarkan langkah ini. Tiada wang yang boleh membayar pampasan kepada anda untuk kelakuan memalukan ini, perjalanan ke pembunuh tanpa moral dan kualiti manusia.”
Tahun lalu, Fenerbahce diarahkan melakukan penutupan stadium separa satu perlawanan, digantung selama dua tahun, selepas para penyokong mereka melaungkan nama Presiden Rusia Vladimir Putin dalam perlawanan menentang Dynamo Kyiv.
Badan Rayuan UEFA telah mendenda Fenerbahce 50,000 euro dan mengarahkan penutupan sebahagian stadium mereka.