GOMBAK - Seorang wanita warga emas diberkas dipercayai terlibat kes menyimbah asid terhadap pasangan suami isteri dalam kejadian di Pangsapuri Laksamana Jaya, Selayang Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berumur 60 tahun itu diberkas kira-kira jam 6.20 pada Ahad.
Iklan
Iklan
"Suspek akan dibawa untuk permohonan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Khamis lalu, sepasang suami isteri berhadapan detik ngeri apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baharu memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, dekat sini.
Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri terbabit.