SHAH ALAM -"Seseorang yang gila talak juga termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah mental."
Itu sindiran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa ada parti hilang jati diri kerana memanggil pemimpin parti lain untuk memberi amanat dalam retreat yang diadakan.
Iklan
Iklan
Dalam nada sinis, Dr Akmal turut berterima kasih atas pandangan yang diutarakan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu yang kini turut menjadi ahli Pas.
Sebelum itu, Annuar menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, tindakan sebuah parti mengundang pemimpin parti lain untuk menyampaikan amanat dan hala tuju menggambarkan parti itu sudah dilanda rasa rendah diri yang kronik.
Katanya, ia satu penyakit psikologi apabila seseorang mula hilang keyakinan diri.
"Ia juga memberi gambaran parti itu tidak lagi memimpin tapi dipimpin. Ia tunduk kepada parti lain," dakwanya.
Artikel Berkaitan