PSG tambah lagi kekuatan, ikat Hernandez lima tahun

Iklan
Hernandez

PARIS Saint-Germain (PSG) menambah lagi kekuatan menjelang kempen musim baharu apabila merekrut pemain pertahanan juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich, Lucas Hernandez dengan kontrak lima tahun, kata juara Ligue 1 itu.

Yuran perpindahan belum didedahkan tetapi media Perancis melaporkan bahawa PSG telah membayar kepada Bayern sebanyak €40 juta (AS$43.87 juta) serta tambahan untuk pemain berusia 27 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Ya, sejujurnya saya sangat teruja. Saya telah lama menunggu untuk menyertai PSG, dan ia akhirnya berlaku.

"Ia adalah hari yang sangat istimewa dan saya sangat gembira berada di sini," kata Hernandez dalam satu kenyataan.

Iklan

Dalam pada itu, Atletico Madrid, kelab zaman kanak-kanak Hernandez, juga akan menerima bayaran yang besar, menurut laporan media Sepanyol.

Pemain Perancis itu membuat 107 penampilan untuk Bayern sejak ketibaannya pada 2019 tetapi bermain hanya tujuh perlawanan liga musim lalu selepas mengalami kecederaan ligamen cruciate pada Piala Dunia yang menyebabkannya diketepikan untuk baki musim ini.

Iklan

Sebagai rekod Hernandez, pemain baharu kelima PSG, menyertai pemain tengah Manuel Ugarte dan Lee Kang-in, pertahanan tengah Milan Skriniar dan penyerang Marco Asensio.

Terdahulu PSG memecat pengendali Christophe Galtier dengan menggantikannya dengan bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique.