Bakar al-Quran: Ribuan penduduk adakan bantahan di Stockholm

Iklan
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Ahad sebagai membantah tindakan membakar al-Quran di Sweden. Foto: AFP

STOCKHOLM - Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Ahad sebagai membantah tindakan membakar al-Quran di Sweden.

Perhimpunan itu berlangsung di dataran berhampiran masjid, tempat di mana seorang individu membakar naskhah al-Quran pada 28 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Polis Sweden, bantahan itu disertai kira-kira 3,000 peserta, lapor Xinhua memetik akhbar Dagens Nyheter (DN).

Pengerusi Persatuan Islam Bersatu Sweden, Mustafa Issa, yang menganjurkan protes berkenaan berkata, tindakan membakar al-Quran itu satu perbuatan bertopengkan kebebasan bersuara dan ia tidak seharusnya dibenarkan berlaku. - Bernama

Iklan
Iklan